KETOKOHAN
SAHABAT RASULULLAH MODEL KEPIMPINAN ISLAM
Pendahuluan
Sahabat
Rasullah SAW merupakan antara contoh yang terbaik dalam menterjemahkan maksud
kepimpinan Islam dalam kehidupan seharian mereka. Mereka telah dididik, diasuh
dan ditarbiyah secara lansung oleh seorang tokoh yang mendapat pengiktirafan
dunia iaitu Nabi Muhammad SAW. Michael H. Hart
(1978) telah meletakkan Rasulullah SAW sebagai manusia yang berada di kedudukan
pertama dalam senarai manusia yang
dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan
dunia.
Kepimpinan menurut Greenberg & Barron (1995) adalah seseorang yang menentukan matlamat
sesuatu organisasi dan strategi untuk mencapai matlamat organisasi yang telah
ditetapkan. Hujah ini dikuatkatkan dengan pendapat Robbins (2001) yang
menyatakan bahawa kepimpinan adalah kemampuan seseorang mempengaruhi pasukan
kerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Dalam Islam, aspek kepimpinan telah dinyatakan dengan
jelas melalui hadith baginda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;
“Setiap
kamu adalah pemimpin yang akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.
Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan diminta
pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin
terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah
suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang
hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia akan diminta
pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah
pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang
kepemimpinannya”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Seterusnya, ketokohan sahabat Rasulullah SAW merujuk
kepada kepimpinan tokoh-tokoh yang beriman dan pernah bertemu dengan Nabi
Muhammad SAW manakala model kepimpinan Islam pula ialah acuan suri tauladan
yang baik bagi melahirkan manusia yang berkeupayaan memimpin berlandaskaan
syariat Islam.
Oleh itu,
terdapat enam kata kunci yang akan dijelaskan. Pertama, keimanan Bilal bin
Rabah; kedua, kepatuhan dan kesetiaan Abu Bakar As-Siddiq; ketiga, kepimpinan
dan ketegasan Umar al-Khattab; keempat, Keluasan Ilmu Ali bin Abi Talib;
kelima, ketinggian akhlak dan sikap dermawan Uthman bin Affan dan keenam,
wawasan akhirat Khalid al-Walid.
Ketokohan Sahabat Rasulallah SAW Dan Implikasinya Di
Malaysia.
Ahad, Ahad, Ahad. (Allah yang
satu) Kalimah tauhid inilah yang membasahi lidah sahabat Rasulullah Bilal bin Rabah tatkala dirinya disiksa dan diheret
mengelilingi Kota Mekah di bawah terik mentari di tengah-tengah padang pasir.
Namun, keimanan yang kental telah merasuk jiwa Bilal lantas dirinya
sedikit pun tidak berpaling daripada mengesakan Allah. Allah berfirman yang bermaksud,
“Bertaqwalah
kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa” (Al-Imran, 3:102)
Mengambil contoh peristiwa kemalangan maut di Turki yang
melibatkan pelajar Malaysia, Allahyarham Muhammad Ammar sewaktu dilannggar
ambulan hospital yang bergerak laju sehingga menyebabkan kemalangan maut. Kedua ibu-bapanya telah menerima kehilangan
anak ini dengan penuh yakin bahawa ada hikmah terselindung di sebalik ujian.
Seterusnya
adalah kepatuhan dan kesetiaan Saidina Abu Bakar merupakan tokoh sahabat yang
paling akrab dan dikasihi oleh Rasulullah. Setianya Abu Bakar sanggup
bersama-sama Rasullah SAW ketika berada di Gua Thur (al-Buti,1983: 222-224). Beliau mengambil risiko mempertahankan Rasulllah SAW
dengan menutup lubang kala jengking di Gua Thur dalam peristiwa hijrah dan patuhnya
beliau apabila sanggup menderma seluruh hartanya untuk perjuangan Islam
Ketika ditanya oleh baginda Nabi Muhammad SAW ketika
beliau menginfakkan hartanya untuk peperangan Tabuk, apakah yang telah kamu
tinggalkan kepada keluarga kamu wahai Abu Bakar? Dijawab dengan senang hati
olehnya, aku tinggalkan buat keluargaku Allah dan Rasul.
Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud,
“Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan
pemerintah di antara kamu” (an-Nisa,4:59)
Seharusnya, kita selaku rakyat Malaysia haruslah mentaati
pemimpin selagi mana mereka beriman kepada Allah dan Rasul dan tidak mengajak
rakyatnya melakukan perkara yang mungkar.
Seterusnya, kepimpinan
dan ketegasan Saidina Umar al-Khattab. Sikap keberanian Umar al-Khattab
terbukti ketika beliau mengisytiharkan keislamanya secara terang-terangan.
Pemimpin berjiwa rakyat ini juga sanggup menyamar sebagai rakyat marhaen untuk
meninjau keadaan rakyatnya. Keberanian dan kezuhudan mantan Menteri Besar
Kelantan Almarhum Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam
menyantuni dan mendekati rakyat di bawahnya serta prinsipnya yang jelas amatlah
digeruni rakan dan lawan. Sikap pemimpin yang sebeginilah harus menjadi
contoh generasi baharu kini untuk menjadi bijaksana dalam segenap aspek. Hal ini
bersesuaian dengan hadith Rasulullah SAW
yang bermaksud:
كلكم راع وكلكم مسؤول عن رعيته
Maksudnya “Setiap
kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya”.
Keluasan ilmu
yang dimiliki oleh Saidina Ali bin Abi Talib juga merupakn model kepimpinan
Islam. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pepatah ini adalah bertepatan
dengan didikan yang telah diberi oleh Nabi Muhammad kepada Ali b. Abi Talib
semenjak beliau kecil lagi. Oleh yang demikian, beliau merupakan antara sahabat
yang memiliki ketinggian ilmu sehingga dilantik menjadi penulis wahyu. Contoh
ikon remaja yang mengambil inspirasi ketokohan Saidina Ali KWJ adalah Nik Nur
Madihah. Nik Nur Madihah merupakan seorang pelajar cemerlang SPM 2008 yang telah
mendapat keputusan cemerlang 20 A pasti telah mencontohi Saidina Ali KWJ ini
dalam kesungguhan menuntut ilmu selaras dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud,
طلب العلم فريضة على كل مسلم
Menuntut ilmu
itu wajib kepada setiap orang Islam (Riwayat Bukhari)
Keempat,
ketinggian akhlak dan sikap dermawan Uthman bin Affan. Sikap dan keperibadian
Saidina Uthman yang dermawan dan mulia terbukti apabila beliau telah membeli
sebuah sumur ‘Bir Raumah’ lantas mewakafkan bagi keperluan umat
Islam. Rasulullah SAW sangat mengasihi Uthman sehingga menyifatkanya sebagai
teman baginda di dalam syurga. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, seorang ikon
jutawan Islam di Malaysia telah menubuhkan Yayasan Bukhari yang berperanan
membantu golongan miskin dan menyokong perkembangan seni, pendidikan dan budaya
Islam bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan tolong
menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa
dan pergaduhan..”(al-Maidah, 5:2)
Contoh ketokohan
sahabat Nabi yang terakhir adalah wawasan akhirat Khalid al-Walid. Matlamat
akhir bagi setiap umat Islam adalah untuk mendapat kebahagiaan di akhirat dan inilah
wawasan Khalid al-Walid, sahabat Rasulullah SAW yang mendapat gelaran pedang
Allah. Beliau sangat bercita-cita untuk mati syahid di medan peperangan dan
sikapnya sangat positif dalam menghadapi setiap rintangan perjuangan. Walau
bagaimanapun, impian tersebut tidak tercapai kerana perancangan Allah mengatasi
segalanya. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka
merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang” (al-Imran, 2:54)
Khalid
al-Walid telah meninggal dunia di atas katil di kamar tidurnya. Demikianlah
kekuasaan Allah dan manusia akan kembali kepada-Nya sesuai dengan kemahuan-Nya.
Mengambil contoh daripada ketokohan wawasan akhirat Khalid al-Walid adalah para
anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pengorbanan parajurit Angkatan Tentera
Malaysia yang berjuang malah ada yang terkorban sewaktu peristiwa pencerobohan
di Lahad Datu, Sabah adalah salah satu contoh rentetan kepada perjuangan tanpa
getir. Namun, wawasan akhirat Khalid al-Walid ketika berjuang di medan jihad,
wajar dijadikan contoh oleh kita semua.
Kesimpulan Dan Rumusan
Akhir sekali,
berdasarkan contoh-contoh yang telah diberikan berdasarkan ketokohan sahabat
Rasullah SAW ini dapatlah difahami bahawa ketokohan para sahabat yang
dijanjikan syurga oleh Allah ini yang membentuk model kepimpinan yang mengikut
acuan dan syiar Islam. Dengan
sifat-sifat terpuji yang ditonjolkan oleh para sahabat baginda, mereka telah
melaksanakan tanggungjawab memimpin ummah dengan berjaya. Ketokohan mereka dipenuhi dengan contoh dan
teladan yang bukan sedikit yang sewajarnya dicungkil dan dihayati oleh seluruh
umat manusia, terutamanya oleh umat Islam, khususnya mereka yang merasakan diri
mereka pejuang dan penggerak Islam.
Rujukan
Abdul Latip Talib. (2009). Umar al-Khattab
reformis dunia Islam. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama Sdn Bhd.
Jamal Mohamad Lokman Sulaiman. (1999). Biografi
Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang ulama serta ahli politik
Malaysia abad ke 20. Subang Jaya, Selangor: Sulfa Human Resources &
Development.
Michhael H
Hart (1978) The 100 a rangking of most influential person in history. New York: Hart Publishing Company,Inc.
Mufti
Ahmed Ebrahim Bemat. (2004). Insan teladan sepanjang zaman. Kuala
Lumpur, Malaysia: Penerbit Darul Nu’man.
Sa’id
Ramadhan al-Buti (1983) Fiqh sirah, Shah Alam, Selangor: Dewan Pustaka
Fajar.
0 comments:
Post a Comment