Kepimpinan Rasulullah SAW
Definisi kepimpinan dalam Islam adalah merangkumi makna yang luas termasuklah kepimpinan sesama manusia daripada peringkat yang tertinggi sebagai ketua negara kepada kepimpinan yang terendah iaitu mengetuai kerja-kerja yang berpendapatan rendah. Selain daripada itu, menurut beliau lagi menyatakan bahawa kepimpinan dalam Islam juga merangkumi kepimpinan terhadap diri sendiri sebagai hamba Allah dengan mengarah diri ke arah kebaikan, menunaikan amanah kepada Pencipta, manusia, dan alam sekitar. (Ahmad Redzwan Muhammad Yunus, 2000)
Dalam sejarah peradaban dunia, pemimpin yang terulung pada zaman
Islam ialah pada zaman Rasulullah SAW. Keagungannya dapat dilihat dari semua
bentuk. Rasulullah merupakan pemimpin yang sangat adil dan baginda merupakan
seorang pemimpin yang berfikiran panjang dalam melakukan sebarang keputusan
untuk negara, agama dan rakyatnya.
Pengiktirafan
Kepada Baginda
Gaya kepimpinan Rasullah SAW telah menarik perhatian seorang sarjana dan ahli sejarah Barat bernama Michael Hart telah menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir iaitu Muhammad pemimpin Islam; kerana baginda satu-satunya orang dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidang sekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Michael Hart, 1978).
Rasulullah SAW menggunakan Al Quran dan wahyu yang diturunkan oleh
Allah kepada baginda dalam pentadbiran dan pemerintahan-Nya. Rasulullah juga
mengaplikasikan kesemuanya ke dalam pentadbiranya supaya tidak berlakunya
sebarang penyelewengan. Undang-undang yang digunakan oleh Rasulullah sangat
telus dan amanah kerana ia berpandukan kedua-duanya iaitu Al-Quran dan wahyu yang
diterima oleh baginda sebagaimana yang telah terkandung dalam firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat ke-21:
Demi sesungguhnya,adalah bagi kamu
pada diri Rasulullah S.A.W itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredhaan) allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta
ia pula banyak menyebut dan mengingati Allah".
Dalam kepimpinan Rasulullah boleh dilihat semua usaha yang dilakukan oleh baginda dalam menguruskan negara yang Islam, menyatupadukan masyarakat, memajukan ekonomi negara dan menyebarakn Islam ke seluruh pelusuk dunia. Rasulullah mempunyai sifat yang patut dicontohi oleh pemimpin zaman sekarang. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah. Tahun Gajah adalah manusia yang agung dan maksum penah dilahirkan dalam peradaban manusia..
Nabi Muhammad SAW juga memiliki peribadi yang istimewa. Terdapat dalam dirinya segala sifat yang perlu dicontohi seperti pendakwah, sifat negarawan, ahli sufi, panglima perang, aktivitis sosial yang tinggi serta tidak boleh dibandingkan oleh mana-mana tokoh. Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah berjaya menunjukkan teladan yang baik dan terpuji. Setiap ucapan daripada baginda semuanya berlandaskan sumber Allah dan tindakan baginda penuh kesucian. Contohnya, Rasulullah tidak memilih dalam menegur orang yang berbuat kesilapan termasuk sahabat dan kaum keluarga baginda.
Keperibadian
al-Amin
Keperibadian Rasulullah menghuraikan segala persoalan yang berlegar dalam kehidupan manusia sejagat. Kehidupan Nabi Muhammad SAW perlu dijadikan contoh teladan. Selain itu, penampilan baginda menjadi fokus atau teladan umat baginda. Allah SWT memuji sifat Nabi Muhammad SAW dengan pelbagai sifat yang terpuji kerana keluhurannya. Dengan itu, Nabi Muhammad SAW telah mendapat gelaran al-Amin yang bermaksud yang beramanah.
Menurut perjalanan sirah hidup
Rasulullah SAW, sebelum dari kerasulannya pemimpin Quraish pernah memberi
gelaran ‘al-Amin’ kerana ketinggian sifat integriti dan akauntabiliti
baginda dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Gelaran ‘al-Amin’
ini telah membangkitkan rasa kasih sayang berterusan sebahagian besar
masyarakat Quraish kepada Rasulullah. Walau bagaimanapun cabaran yang dihadapi
oleh baginda juga cukup hebat. Misalnya Abu Jahal seorang pemimpin kanan
Quraish, pernah menawarkan jawatan Raja, perempuan cantik, dan harta kekayaan
supaya Rasulullah SAW tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, berdasarkan
kekuatan integriti dan maruah kepimpinan Islam, maka Rasulullah SAW menolak
semua tawaran itu. Sikap teladan yang ditunjukkan oleh baginda SAW amat perlu
diikuti oleh setiap pemimpin yang menjalankan tugasnya.
Nabi Muhammad SAW telah memberikan sumbangan dan tenaga dalam peristiwa pembinaan Kaabah. Contohnya, baginda mengangkat batu dengan tangan baginda sendiri untuk membina kaabah. Perbuatan ini diakui oleh orang Arab Quraisy semasa berlakunya perselisihan faham mengenai perletakkan hajaratul aswad. Nabi Muhammad SAW memanggil semua ketua kabilah di Madinah untuk berjumpa dengan baginda. Baginda telah membuat keputusan dan mewakilkan setiap kaum dengan kabilah mereka. Setiap kabilah diberi peluang untuk memegang setiap penjuru serban Rasulullah SAW. Setiap kabilah meletakkan bersama-sama batu ke tempat asal lalui Rasulullah mengeluarkan batu dari serban baginda dan meletakkan di tempat asalnya kembali. Disitulah berakhirnya perselisihan faham dan bencana dapat dihindarkan.
Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin yang disegani dan menjadi ikutan sehingga akhir zaman ini. Sifat Rasulullah adalah cerminan dari Al Quran. Dalam suruh Al-Ahzab Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah SWT. ”
Kesimpulannya, walaupun Baginda S.A.W sudah tidak ada lagi di dunia
ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang
dengan pusaka tinggalannya iaitu Al-Qur’an dan al-Sunnah. Melalui dua sumber
ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang
penuh cabaran. Rasulullah S.A.W adalah contoh dan model unggul umat Islam.
Kredibiliti dan ketrampilan baginda terserlah sebagai seorang bapa mulia, suami
mithali, dan pemimpin adil. Mudah-mudahan kita akan menjadi umatnya, yang ingin
mengambil iktibar dan contoh dari kehidupan baginda. Inilah sebahagian dari
rasa kasih dan cinta kita kepada baginda Nabi Muhammad SAW.
Rujukan
Azzam Abd Al-Rahman. (1983). Keabadian risalah Muhammad. Bandung,
Indonesia: PT. Iqra.
Hassan Ahmad. (2008). Institusi Islam. Selangor: Syarikat
Percetakan Indera Putra Sdn.Bhd.
Ziauddin Sardar. (1990). Masa hadapan Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Redzuwan Muhammad Yunus. (2000). Pengantar kepimpinan Islam. Bangi,
Selangor: Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM..
Michael Hart (1978). The
100: a ranking of the most influential persons in history, revised and updated
for the nineties. New York: Carol Publishing.
0 comments:
Post a Comment