Monday 29 February 2016

Rumah Pertamaku: Panduan Membina Rumah di Tanah Sendiri dan Design Sendiri

| | 5 comments
Setiap dari kalangan kita pasti ingin memiliki rumah idaman sendiri kan?

Alhamdulillah, aku dipermudahkan Allah untuk memiliki kediaman sendiri (rumah pertama ) pada usia 26 tahun. Waktu itu, aku belum berkahwin dan sudah bekerja selama 3 tahun. Aku kerja macam nak mampus (bahasa orang Kedah) untuk dapatkan modal  100 +-K  secara tunai  dan seterusnya dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman buat rumah sendiri

Rumah kedua pula, aku beli apartment menggunakan loan pinjaman perumahan kerajaan  (BPP) pada usia 27 tahun.

Di sini, aku nak bagi 10 tips sikit yang awesome dekat korang untuk membina sendiri rumah yang selesa dengan kos yang berpatutan

1. Sediakan tanah sendiri (macam aku beli tanah lot, nak beli serelung tak mampu beb)
2. Dapatkan pembiayaan peribadi di bank ( aku ambil personal loan di Bank Rakyat, cuma kaedah ini sedikit membebankan jika tiada modal besar sebab tempoh pinjaman maksimum hanya 10 tahun)
3. Dapatkan tukang dari Indonesia/ Myanmar. Kualiti kerja mereka amat puas hati. Untuk pembayaran tukang, buat jadual kerja dan segala pembayaran melalui bank, jangan sesekali secara tunai
4. Cari sendiri kedai hardware/ kilang yang menawarkan harga terendah untuk sesuatu barang. Contohnya, untuk membeli cat, aku membuat tinjauan hampir 10 buah kedai dan membelinya di kedai yang membuat tawaran yang termurah
5. Jangan sesekali izinkan tukang membeli peralatan rumah/ bahan binaan , nanti diorang make up harga beb.
6. Untuk urusan eletrik dan air, cari kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman. Macam aku ambik staf jabatan air, so urusan sangat mudah dan cepat
7. Banyakkan berdoa bila rumah sedang dibina, buat solat hajat. Alhamdulillah, rumah aku siap sepenuhnya setelah proses pembinaan dijalankan tanpa henti  selama 3 bulan 25 hari
8. Untuk pembelian perabot, pi cari satu kedai yang besar, buat negoship dengan owner, ambil perabot keseluruhan rumah dan bayar secara ansuran.Kaedah sebegini sangat menjimatkan dan bebas riba. Syukur, hutang perabot aku dah habis bayar dengan 6 kali bayaran ansuran setelah guna duit KWSP.
9. Untuk pemasangan mozek dan plaster  syiling, aku sarankan ambil tukang Cina kerana mereka lebih berkemahiran berbanding warga asing
10. Urusan lawyer, pastikan lawyer yang dipercayai dan arkitek yang ada kaki dengan pejabat tanah untuk mudahkan urusan CF nanti.
Proses bermula, waktu ni aku sering balik ke kampung sebab masih kerja di KL, sampai driver bus jadi macam abang aku. Naik bus tak payah bayar, sebab dia suka aku bagi ceramah agama dan tukang jawab soalan daripada beliau. TQ King


tengah tambun tanah merah. aku biaq selama 4 bulan bagi betul2 kejap


fasa pertengahan: waktu ni excited weih. Buat anak muda, aku sarankan miliki dahulu rumah sebelum ada orang rumah, hihi

Waktu ni lepas cat semua. Aku ambik Myanmar yang kait sawit sorang dan adik lelaki aku, kami cat sama-sama satu rumah. 2 minggu siap. 

Siap sepenuhnya pada 20 Januari 2015.
Ok, bubye. Esok aku nak pi sekolah pulak. Tak larat nak taip dah,

Ustaz sayang anda semua, bubye




5 comments:

  1. salam ustaz boleh perincikan x bajet..saya sedang dalam perancangan, untuk membina rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajet ikut Tuan, sebab barang dan plan kita yang buat sendiri

      Delete
  2. Memiliki rumah sendiri diusia muda memang selalu diimpikan. Diharap perkongsian ustaz ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. boleh dapatkan contoh jadual kerja tak?

    ReplyDelete
  4. Sekarang ada rumah baru lagi kh ustaz?

    ReplyDelete