Monday 29 February 2016

Setiap dari kalangan kita pasti ingin memiliki rumah idaman sendiri kan?

Alhamdulillah, aku dipermudahkan Allah untuk memiliki kediaman sendiri (rumah pertama ) pada usia 26 tahun. Waktu itu, aku belum berkahwin dan sudah bekerja selama 3 tahun. Aku kerja macam nak mampus (bahasa orang Kedah) untuk dapatkan modal  100 +-K  secara tunai  dan seterusnya dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman buat rumah sendiri

Rumah kedua pula, aku beli apartment menggunakan loan pinjaman perumahan kerajaan  (BPP) pada usia 27 tahun.

Di sini, aku nak bagi 10 tips sikit yang awesome dekat korang untuk membina sendiri rumah yang selesa dengan kos yang berpatutan

1. Sediakan tanah sendiri (macam aku beli tanah lot, nak beli serelung tak mampu beb)
2. Dapatkan pembiayaan peribadi di bank ( aku ambil personal loan di Bank Rakyat, cuma kaedah ini sedikit membebankan jika tiada modal besar sebab tempoh pinjaman maksimum hanya 10 tahun)
3. Dapatkan tukang dari Indonesia/ Myanmar. Kualiti kerja mereka amat puas hati. Untuk pembayaran tukang, buat jadual kerja dan segala pembayaran melalui bank, jangan sesekali secara tunai
4. Cari sendiri kedai hardware/ kilang yang menawarkan harga terendah untuk sesuatu barang. Contohnya, untuk membeli cat, aku membuat tinjauan hampir 10 buah kedai dan membelinya di kedai yang membuat tawaran yang termurah
5. Jangan sesekali izinkan tukang membeli peralatan rumah/ bahan binaan , nanti diorang make up harga beb.
6. Untuk urusan eletrik dan air, cari kontraktor yang bertauliah dan berpengalaman. Macam aku ambik staf jabatan air, so urusan sangat mudah dan cepat
7. Banyakkan berdoa bila rumah sedang dibina, buat solat hajat. Alhamdulillah, rumah aku siap sepenuhnya setelah proses pembinaan dijalankan tanpa henti  selama 3 bulan 25 hari
8. Untuk pembelian perabot, pi cari satu kedai yang besar, buat negoship dengan owner, ambil perabot keseluruhan rumah dan bayar secara ansuran.Kaedah sebegini sangat menjimatkan dan bebas riba. Syukur, hutang perabot aku dah habis bayar dengan 6 kali bayaran ansuran setelah guna duit KWSP.
9. Untuk pemasangan mozek dan plaster  syiling, aku sarankan ambil tukang Cina kerana mereka lebih berkemahiran berbanding warga asing
10. Urusan lawyer, pastikan lawyer yang dipercayai dan arkitek yang ada kaki dengan pejabat tanah untuk mudahkan urusan CF nanti.
Proses bermula, waktu ni aku sering balik ke kampung sebab masih kerja di KL, sampai driver bus jadi macam abang aku. Naik bus tak payah bayar, sebab dia suka aku bagi ceramah agama dan tukang jawab soalan daripada beliau. TQ King


tengah tambun tanah merah. aku biaq selama 4 bulan bagi betul2 kejap


fasa pertengahan: waktu ni excited weih. Buat anak muda, aku sarankan miliki dahulu rumah sebelum ada orang rumah, hihi

Waktu ni lepas cat semua. Aku ambik Myanmar yang kait sawit sorang dan adik lelaki aku, kami cat sama-sama satu rumah. 2 minggu siap. 

Siap sepenuhnya pada 20 Januari 2015.
Ok, bubye. Esok aku nak pi sekolah pulak. Tak larat nak taip dah,

Ustaz sayang anda semua, bubye




Kenangan Bersama Pengetua Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang,SMK Mutiara Impian.    



Guru kini bukan sahaja behadapan dengan cabaran di dalam bilik darjah, namun juga di luar bilik darjah (Gambar hiasan)

Penulis bersama sebahagian daripada delagasi Pengetua/ Guru Besar Negeri Sarawak yang berkunjung ke Pulau Pinang pada tahun 2015


Alhamdulillah, Allah SWT mengzinkan ana untuk berkesempatan berkunjung ke Ban Nua, Thailand. Walaupun masa yang agak singkat, namun banyak perkara yang ana pelajari antaranya :

1. Peranan solat dan zakat dalam kehidupan
2. Pemerkasaan institusi masjid
3. Pentingnya berjemaah
4. Hubungan antara daei dan masyarakat (Pengalaman Dr Thobrani)
5. Agama mengikut telunjuk pemimpin

saat menyampaikan slot bersama Dr Thobrani, insan hebat dalam arena dakwah di Thailand

sempat bergambar di Sadao, toto dan barangan peralatan dapur di sini sangat murah harganya


Tuesday 23 February 2016

Alhamdulillah, pada 21 Februauri yang lalu, al faqir diizinkan oleh Allah SWT untuk pergi ke kewasan utara negeri Kedah Darul Aman iaitu Kuala Nerang dan Sintok. Pertamanya, untuk melakukan temu bual berkaitan disertasi al faqir bersama Pak Su Mid Bukit Tembaga dan melakukan kajian rintis bersama Dr Nidzho yang merupakan pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia.

Bersama ini al faqir coretkan gambar kenang-kenangan dalam misi ziarah tarbawi pada kali ini.
 Bersama Pak Su Mid Bukit Tembaga
 Usai Kajian Rintis Bersama Dr Nidzho
Hasil karya tulisan tangan Pak Su Mid yang dihadiahkan oleh beliau kepada al faqir
Mengenali Puan Hajah Khuzaimah Sulaiman hanya melalui makalah penulisan dan perhubungan di alam maya melalui pautan e-mail membuatkan penulis merasa ghairah untuk mencoretkan pengalaman beliau mentadbir SMKA SHAMS daripada sekolah yang dianggap 'biasa-biasa' kepada sekolah 'luar biasa". 

Bukan mudah untuk menjadi pentadbir bagi sesebuah sekolah yang mempunyai label Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) serta Kuluster Kecemerlangan dan merupakan sekolah yang pernah dinobatkan sebagai 10 terbaik pencapaian cemerlang SPM (Kategori Sekolah Menengah Harian/ SMKA).Dari seorang guru biasa, selangkah demi selangkah "permata emas" ini yang lebih mesra dengan panggilan "ustazah" ini telah mengaplikasikan dan mengasah bakat beliau dalam mentadbir SMKA SHAMS ke mercu jaya.  

Gelagat kepemimpinan dalam pengurusan sesebuah organisasi dapat dilihat dari perspektif teori-teori dalam bidang kepemimpinan itu sendiri. Rudner (1966) telah mentakrifkan teori sebagai satu himpunan proposisi yang berkait secara sistematik dan boleh diuji secara empirikal. Dalam ruang penulisan bagi kali  ini, penulis cuma mengambil dua contoh pendekatan  teori dalam bidang kepemimpinan iaitu karismatik dan perwatakan.

Teori Karisma 

Teori kepemimpinan karisma merujuk kepada sifat peribadi manusia iaitu berkarisma atau sifat dan pembawaan menarik yang ada pada diri seseorang. Conger dan Kanungo (1987) mencadangkan sebuah teori kepemimpinan karismatik berdasarkan andaian bahawa karisma itu adalah penyumbang kepada suatu fenomena, kemudiannya suatu teori versi baru dikemukakan oleh Conger dan Kanungo (1987). Menurut teori ini, penyumbang kepada sifat karisma pada seseorang pemimpin ditentukan oleh tingkah laku pemimpin itu sendiri samada melalui kemahirannya atau melalui keadaan.

Orang yang mempunyai sifat kepemimpinan jenis ini ialah mereka yang mempunyai sifat-sifat peribadi yang tertentu yang dengan sendirinya muncul sebagai pemimpin besar yang boleh menempa sejarah (Abd Ghani, 2010). Teori kepemimpinan karisma memperoleh pengaruh yang kuat daripada idea tokoh pengurusan yang bernama Max Weber (Abd Ghani, 2010).
Menurut Weber (1947) karisma merupakan satu bentuk pengaruh yang bukan berbentuk kuasa tradisi atau formal tetapi lebih kepada persepsi subordinat bahawa pemimpin dianugerahkan sifat-sifat luar biasa. 

Menurut Weber (1947) lagi kepemimpinan karisma berlaku apabila wujudnya satu krisis sosial, dan dalam masa yang sama seorang pemimpin muncul dan boleh menarik perhatian subordinatnya dengan satu visi yang memberi peluang terhadap penyelesaian masalah yang berlaku. Subordinat yang yakin dengan visi pemimpin karisma, mengalami beberapa kejayaan yang membuatkan sesuatu visi kelihatan mampu dicapai. Dalam hal ini, Ustazah Khuzaimah akan melakukan terlebih dahulu sesuatu perkara yang akan diarahkan kepada warga sekolah.

Beramal Sebelum Mengarah

Ianya diperkukuskan lagi dengan  idea Weber (1947) tentang kepemimpinan karisma dengan meletakkan faktor karisma sebagai salah satu faktor dalam kepemimpinan transformasi yang menampilkan seorang pemimpin itu sebagai role model dan mempunyai keupayaan membentuk misi dan visi sesuatu organisasi serta mendapat penghormatan. Dalam hal ini, Ustazah Khuzaimah telah menunjukkan peribadi dan akhlak yang mulia terlebih dahulu sebelum beliau menyampaikan sesuatu arahan kepada warga sekolah.

Misalnya, pada suatu hari, seorang Pekerja Am Rendah (PAR) telah dinaikkan pangkat menjadi Pembantu Tadbir Rendah (PTR). Antara skop tugas PTR adalah menaip surat berkaitan pengurusan  dan pentadbiran, namun PTR yang baharu ini tidak mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Berbekalkan sejumlah wang dari gajinya sendiri, Puan Khuzaimah mendaftarkan PTR tersebut ke sebuah pusat komputer dan memberikan pelepasan kepada PTR tersebut pada waktu petang semasa hari bekerja untuk mengikuti kelas kemahiran menaip sehingga mahir. Selepas PTR tadi tamat kursus, dia berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Khuzaimah kerana memberikan dorongan yang amat baik kepadanya.

Hal ini juga  dibuktikan dengan ungkapan salah seorang murid SMKA SHAMS, Mohamad Ikhwan bin Ismail yang berbunyi:

"Untukmu Ustazah, daripada kami anak-anak SMKA SHAMS, terima kasih atas segalanya. Kata-kata azimatmu "Anak yang baik mendengar kata"adalah perangsang dan ubat paling mujarab dang engkau tetap dalam memori. Kenangkanlah kami dalam doamu, dan ketahuilah kami akan merinduimu".

Ianya diperkukuhkan lagi dengan bait-bait puisi nukilan Siti Aishah binti Abdullah Sani

Namun, 
Setelah dirimu kami kenali,
Terasa betapa tingginya kasihmu kepada kami,
Akan kami sematkan kasihmu dalam dada,
Akan kami pautkan segala ilmu dalam minda,
Akan kami ungkaikan segala inspirasimu dalam jiwa.

Kedua-dua penyataan dalam ungkapan ucapan dan bait puisi diatas menunjukkan bahawa terdapat pengiktirafan dalam kalangan anak didik beliau mengiktiraf kepimpinan pengetua mereka seperti penyayang, berwawasan, motivator dan sumber inspirasi kepada mereka.

Insan yang hebat lahir dari perwatakan yang hebat 

Pendekatan teori perwatakan menegaskan tentang pentingnya mempunyai seorang ketua yang memiliki perwatakan yang hebat (Northouse, 2004). Teori ini menekankan bahawa seseorang itu boleh menjadi pemimpin jika dia memiliki kehebatan pada personalitinya, mempunyai kemahiran, mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai nilai (Yukl, 1998). Andaian yang dibuat dalam pendekatan ini ialah sesetengah orang adalah pemimpin semula jadi yang memiliki kelebihan yang tidak terdapat pada orang lain.

Berikut ialah tiga watak yang dapat dikaitkan dengan keberkesanan kepemimpinan seseorang iaitu personaliti, motivasi dan kemahiran. Personaliti merupakan kecenderungan seseorang untuk berkelakuan tertentu, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, sentiasa boleh menangani sebarang tekanan, mempunyai kematangan emosi yang stabil dan memiliki integriti yang hebat (Yukl, 1998). Kouzes dan Posner (2002) telah mengkaji satu set sifat pemimpin yang dikehendaki oleh sesebuah masyarakat. Kajian Kouzes dan Posner (2002) mendapati antara sifat-sifat yang paling dikehendaki diseluruh dunia ialah jujur, kompeten, berwawasan, memberi inspirasi, berani, pintar, adil, berfikiran terbuka, berterus-terang, berfikiran tajam, matang, prihatin, bekerjasama, bercita-cita tinggi, boleh dipercayai, menyokong, mempunyai azam yang kuat, boleh mengawal diri, taat dan tidak bergantung kepada orang lain.

 Dalam hal ini, Ustazah Khuzaimah sering bertindak sebagai motivator dan penggerak budaya kerja cemerlang. Berbagai program telah disusun dan diatur bagi menerapkan sifat-sifat yang dikehendaki di seluruh dunia dalam kalangan warga sekolah. Antaranya Kursus Konsultansi Dalaman dan program yang dijalankan pada setiap minggu. Program ini bertujuan membangkitkan kesedaran dalam diri dan fikiran tanpa paksaan serta dipacu rasa beriman kepada Tuhan. 

Zidni Ilman bermaksud "Wahai Tuhanku , tambahilah ilmuku". Ianya mengambil berkat lafaz doa yang diajarkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW selepas malaikat Jibrail menyampaikan wahyu kepada baginda. Apabila malaikat Jibrail menyampaikan wahyu kepada baginda, baginda akan membaca dan menghafaznya sambil berdoa agar Allah SWT menambahkan lagi ilmu bagi memahami serta mengamalkannya. Peristiwa tersebut dirakamkan Allah SWT dalam Surah Taha, ayat 114 yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Qur'an sebelum selesai dibacakan  Jibrail kepadamu, dan berdoalah dengan berkata, 'Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"

Keberkesanan berbagai  program yang dijalankan hasil cetusan idea Ustazah Khuzaimah ini terbukti dengan ungkapan oleh salah seorang guru, Puan Hajah Aminah pada hari-hari terakhir persaraan beliau :

"Akan tinggallah kita, semangat hampir tiada, terkedu rasa apabila kita kehilangan ketua yang selama ini sentiasa berusaha menyedarkan kita apa erti kerja. Tanpa kita sedar,guru SMKA SHAMS menyerap budaya kerja cemerlang selama ini. Dalam hati kita warga SMKA SHAMS, sudah lama terpahat di hati bahawa SMKA SHAMS ada kualiti"

Kesimpulannya, walau apapun kedudukan kita dalam sesebuah institusi, kita semua adalah pemimpin. Setiap pemimpin sewajarnya memotivasikan orang bawahan dan sekelingnya dan menunjukkan akhlak yang baik. Ini kerana pemimpin yang bermotivasi akan mudah untuk memotivasikan orang disekelilingnya. 

Rujukan:
1. Al Qur'an
2. Khuzaimah Sulaiman(2012),Serlahkan Aura Guru Super. Selangor: PTS Profesional Sdn. Bhd.
3. Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2010). Transformasi Kepimpinan Pendidikan. Batu Caves: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.











Saturday 20 February 2016



Sambung master atau bekerja? Itulah yang seringkali berlegar-legar dalam kepala bakal graduan atau yang baru bergelar graduan. Tidak pasti yang mana paling sesuai dengan diri, yang mana lebih menjamin masa depan. Tetapi ada juga yang telah jelas tentang hala tuju hidupnya. ‘Aku akan mencari kerja. Belajar lagi langsung bukan pilahan aku. ‘, ‘Aku dah penat belajar’, ‘Aku suka belajar’, ‘Aku nak masuk bidang akedemik’. Kenyataan-kenyataan ini sudah cukup membuktikan mereka sudah punya arah untuk disusur. Disini, saya bukan ingin menerangkan yang mana lebih baik, yang mana lebih sesuai, tetapi saya akan ceritakan sedikit apa yang saya tahu untuk menyambung pelajaran dalam bidang sarjana atau master. Apa yang saya akan nyatakan ini hanyalah bersifat umum, lebih untuk memberi panduan. Ramai juga kawan-kawan yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menyambung master ni. Apa kelayakan? Dimana tempatnya? Macamana yurannya?

Ok. Pertama sekali, kelayakan. Secara amnya CGPA yang diperlukan ialah 3.00 keatas. Sangat baik jika dapat 3.50 ke atas. Tetapi jika pointer anda kurang daripada 3.00 jangan risau, peluangnya masih luas. Cuma mungkin ada beberapa procedure semasa urusan permohohnan seperti perlu menghadiri interview. Itu bergantung kepada universiti yang dimohon. Jika anda baik dengan pensyarah, itu boleh jadi peluang yang baik untuk anda. Bila dah ada kelayakan atas kertas, jom kita tengok kelayakan dalam diri pulak. Itu yang paling penting. Anda kena betul-betul tahu kemampuan anda. Master ni jauh sekali susahnya daripada undergrad. Bukan untuk menakutkan atau lemahkan semangat. Tapi, itulah pengalaman kebanyakan yang ambil master. Bayangkan kita hanya diberi tajuk, dan segala-galanya kita uruskan sendiri. Itu jika kita buat master by research. Oh ye, lupa saya nak terangkan, master ni ada dua jenis. By research atau by course. By reserach tu maksudnya master kita 100% daripada research yang kita jalankan. No exam at all! (Ni yang best).

 Tapi progress perlu dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan biasanya setiap hujung semester atau setiap 6 bulan. Tempoh masa untuk master jenis ini biasanya 2 tahun. Ada juga yang jenis jalankan dulu research, bila dah nak siap baru register. Kalu macam ni, setahun pun boleh siap. Tapi diingatkan, biasanya student postgraduate (master) perlu present paper di mana-mana conference national atau international. Ini salah satu syarat wajib untuk master. Untuk by course pulak. Sama macam masa undergrad. Cuma kelas tak adalah sesak macam undergrad dulu. Biasanya kalau by course ni setahun je, tapi ada jugak yang 2 tahun. Saya pun kurang arif tentang master by course ni. Tapi saya penah jugak cari-cari maklumat masa undergrad dulu. Apa yang saya tahu, final sem kena buat thesis. Assignment pun boleh tahan jugak banyaknya (ni dari pengalaman kawan). Kalau tak silap saya ada jugak jenis master yang by research + by course. Maksud saya, dua-dua pun buat. Buat reseacrh dan ada kelas. Hmm, hebat ni. Mungkin subjek yang diambil tu taklah banyak sangat. Berbalik pada kelayakan tadi, macamtulah, kalau rasa diri ni memang bukan jenis nak menatap buku, journal, computer, jenis yang nak merayap je, lebih baik fikir lama-lama sikit. Walauapapun, kita mampu mengubah diri kita sebenarnya kelau kita ada kemahuan dan matlamat yang jelas. Minat? Susah nak bincang pasal minat ni. Ada yang kata minat tu boleh dipupuk, tapi kadang-kadang kalau dah jenis memang tak minat, memang tak suka, susah jugakkan? Tepuk dada, tanya diri sendiri. Sekarang ni, di mana nak sambung? Pilihan memang banyak.

Pertama sekali, kalau pointer anda bagus boleh la cuba untuk sambung ke oversea. Biasanya kalau nak pergi oversea ni kena cari sponsor. Cariklah dekat internet mana-mana universiti atau syarikat yang ingin menjadi penaja. Universiti yang biasa saya dengar menaja pelajar ke oversea ialah UM dan UNIMAP/KUKUM. Mereka ada skim yang dipanggil SLAB (Skim Latihan Bumiputera). Mungkin ada universiti lain tapi saya tak pasti. Kalau ditaja dibawah skim ini, kita akan terikat untuk bekerja dengan universiti tersebut. Tempoh pengajian bergantung pada jenis course yang anda ambil. Kalau nak cepat setahun je. Skim ni juga mewajibkan(kalau tak silap) anda menyambung pengajian sehingga PHD. Satu lagi, untuk SLAB UM, pointer anda mestilah atas 3.5. Itupun belum tentu dapat. Kalau UNIMAP, atas 3.00 dah boleh mohon. Jika anda berjaya mohon, anda perlu duduki ujian English-IELTS (macam muet) dan anda kena lepas mengikut markah yang telah ditetapkan. Kosnya kalau tak silap dalam RM500 ke RM600 untuk satu test. Jika anda telah memilih untuk sambung di dalam negara. Peluangnya begitu cerah sekarang ni. Banyak universiti yang membuka peluang seluas-luasnya untuk menerima pelajar sarjana. Hmm.. masing-masing nak jadi universiti terbaik. Ada beberapa cara yang boleh saya nyatakan disini. Samada anda menjadi research assistance(RA), ditaja sepenuhnya, menaja diri sendiri atau tajaan terhormat dari ibu dan ayah. Sekali lagi, apa yang saya nyatakan ini hanya dari pengalaman dan apa yang saya tahu. Mungkin ada yang silap atau tak cukup. Jadi boleh tambah maklumat lagi. Saya lihat, sekarang ni ramai yang memilih untuk jadi RA. Kebaikan menjadi RA ni, anda tak perlu mengeluarkan duit sendiri untuk research. Boleh gunakan peruntukan projek. Itu yang paling utama. Bayaran atau gaji pula bergantung pada grant/funding projek tersebut. Jumlah yang sering saya dengar sekarang ni ialah RM1200-RM1500. Ada juga yang kurang dari RM900 dan ada juga yang mencecah RM2k! Biasanya, kalau jadi RA ni master pun kenalah by research.

Yang paling best, jka anda menjadi RA anda boleh mohon skim khas untuk RA dimana anda tak perlu bayar yuran pengajian! (UM contohnya). Anda juga boleh mohon tajaan daripada universiti-universiti, Kementerian sains, teknologi dan inovasi(MOSTI) , National Science Fellowship (NSF), KHAZANAH dll. Tapi kalau tak silap, khazanah hanya sponsor pelajar ke luar negara. Cuma saya nak ingatkan jika anda ingin mendaftar dahulu kemudian baru apply scholar, pastikan anda mendaftar pada sem 1 (lebih kurang bulan 7 or 8 ) sebab ada penaja yang tidak mahu menerima permohonan pelajar yang daftar sem 2. Ops, jangan pening. Macam ni, bagi yang buat by research anda boleh register bila-bila yang anda nak, sebab tu kena tau pasal ni, tapi kalau by course memang dah ada tarikh yang ditetapkan, tak perlu risau. Kalau yang mampu boleh la taja sendiri. Boleh juga buat part time master. Yuran pendaftaran untuk by research dalam RM1400-RM2000 dan by course RM2500++++. Bergantung pada universiti dan bidang yang diambil. Sedikit procedure untuk master by research. Cari supervisor dalam bidang yang dipilih –> Bincang tajuk–> Buat Proposal–>Hantar borang application –> Tunggu kelulusan –> Tunggu surat tawaran –> Apply scholar (lebih baik selepas dapat tawaran master, sebab lebih kukuh) /RA/Kumpul duit –> Register. Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin ada yang saya tertinggal atau lupa untuk tulis. Kipidap!